KEBAIKAN ALOE VERA

LIDAH BUAYA mempunyai kesan yang purgative iaitu memiliki kesan pencahar yang sangat sesuai untuk wanita-wanita yang sedang berdiet atau ingin kurus dan sebagai penyembuh luka. -istimewa untuk kulit,kerana kandungan lignin mampu menembus dan meresap lebih cepat kedalam kulit. -mampu mengawal kehilangan air dari badan dan mengelakkan kulit dari cepat kering dan terjaga kelembapan. -membantu membersihkan bahagian perut dan saluran pencernaan. -dapat menaikkan seri muka agar lebih nampak halus dan licin disamping dapat mempercepatkan penyembuhan jerawat dan parut jerawat. POTENSI PENGGUNAAN ALOE VERA MENYELURUH,SAMA ADA UNTUK KEGUNAAN KOSMETIK LUARAN SEBAGAI PENYUBUR RAMBUT,UBAT JERAWAT,ATAU PENYEMBUH LUKA TERBAKAR SEHINGGALAH UNTUK PENGAMBILAN DALAMAN DI DALAM BENTUK MINUMAN BAGI MENGATASI MASALAH ASMA,SESAK NAFAS,BUASIR DAN SEBAGAINYA. KEGUNAAN DALAMAN:- ALOE VERA mencegah kanser paru-paru. KAJIAN JURNAL penyelidikan KANSER JEPUN membuktikan aloe-vera berkesan dalam menghalang kanser PARU-PARU serta banyak lagi jenis kanser lain. ALOE VERA melegakan masalah penghadaman,berkesan mengubati penyakit radang usus seperti cirit-birit,pembuangan najis tidak menentu, menyahtoksin sistem penghadaman,meneutralkan perut berasid,sembelit,ulser gastrik.Memperkuatkan fungsi buah pinggang,hati dan pundi hempedu.

Tiada ulasan: